awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Cenang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/12/2022
01:40 MYT
Dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Cenang
Salah seorang mangsa yang lemas ketika mandi di Pantai Cenang pada petang Sabtu. -PDRM
LANGKAWI: Keseronokan dua beradik mandi-manda di Pantai Cenang bertukar tragedi apabila mereka ditemukan lemas pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ravishangkar Rajan, 26, dan Yuvaaraj Rajan, 22, kedua-duanya berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa datang bercuti di Langkawi pada 9 Disember bersama seorang rakan dan sepatutnya pulang hari ini.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.30 petang Sabtu di mana ketika itu dua mangsa turun ke pantai untuk mandi manakala rakan mereka Jeyakumar Ravatharan, 24, tidak turun ke laut.
“Semasa mangsa sedang mandi telah datang ombak besar tanpa disedari menarik mangsa ke kawasan lebih dalam menyebabkan mangsa terkapai-kapai meminta tolong.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan dan mayat pertama ditemui jam 9.35 malam manakala mayat kedua ditemui pukul 12.40 tengah malam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Ravishangkar Rajan
#Yuvaaraj Rajan
#Yuvaaraj RajanJeyakumar Ravatharan
#pantai cenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan