awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut, kereta terbabas di Lebuhraya Seremban - Port Dickson

Bernama
Bernama
12/07/2020
00:52 MYT
Dua beradik maut, kereta terbabas di Lebuhraya Seremban - Port Dickson
Dua beradik maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan mereka terbabas di Kilometer 13 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban petang Sabtu. -Bernama
Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 13 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban, di sini, petang Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Superintenden Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata dalam kejadian pada 4.45 petang itu, kedua-dua mangsa yang cedera parah iaitu seorang lelaki dan seorang wanita merupakan anak kepada mangsa yang maut.
"Mangsa yang maut dikenali sebagai Faridah Sutin, 55, dan Norazimah Sutin, 57.
Mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Muhammad Firdaus Mahadi, 20, merupakan anak Faridah dan Alia Husna Saharudin, 24, anak kepada Norazimah.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Firdaus dari arah Port Dickson menuju ke arah Kuala Pilah hilang kawalan dan terbabas ke kawasan landai di tepi lebuh raya sejauh hampir dua meter," katanya kepada Bernama, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut dan bedah siasat.
Katanya siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Alia Husna Saharudin
#dua beradik maut
#Faridah Sutin
#Ibrahim Mohd Abdul Kadir
#Muhammad Firdaus Mahadi
#Myvi
#Norazimah Sutin
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan