awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut kereta terjunam dalam parit terusan utama

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2026
15:40 MYT
Dua beradik maut kereta terjunam dalam parit terusan utama
Dua beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit terusan utama di Jalan Parit 4 Timur, petang Sabtu. - Sinar Harian
SABAK BERNAM: Dua beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit terusan utama di Jalan Parit 4 Timur di sini, petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki yang juga pemandu kereta berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang lelaki berusia 15 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta itu dalam perjalanan dari Sungai Haji Dorani menghala ke Jalan Parit 1 Bagan Terap.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas ke bahu kanan jalan dan terjunam ke dalam parit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, identiti penuh kedua-dua mangsa masih dalam proses pengesahan, namun mereka dikenal pasti mempunyai hubungan sebagai adik-beradik.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Atikah Md Ali di talian 013-332 8212.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar digerakkan ke lokasi.
Jelas beliau, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.
Menurutnya, setibanya di lokasi, orang awam berjaya mengeluarkan mangsa berusia 15 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
“Seorang lagi mangsa lelaki berusia 20 tahun dilaporkan masih terperangkap di dalam kenderaan dan operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, pada jam 6.55 petang, mangsa kedua ditemukan di kawasan perangkap sampah pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam.
Katanya, mangsa pertama berusia 15 tahun kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta terjunam
#JBPM Selangor
#parit terusan
#Jalan Parit 4 Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan