awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut motosikal rempuh tong sampah roro di bahu jalan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/09/2024
00:40 MYT
Dua beradik maut motosikal rempuh tong sampah roro di bahu jalan
Motosikal dinaiki dua beradik merempuh sebuah kontena roro sampah di bahu jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, petang semalam. - Foto ihsan polis
MELAKA TENGAH: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh kontena sampah pukal roro di bahu jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa Muhammad Amirul Hazlin, 18 tahun, dan adiknya Nur Afiqah Sofea, 5 tahun, dikatakan dalam perjalanan menziarahi pusara bapa mereka yang meninggal dunia 10 bulan lalu.
Lebih hiba, tragedi itu disaksikan sendiri ibu mereka, Norizan Ujak, 40 tahun, yang mengekori dari belakang menaiki sebuah motosikal lain bersama seorang lagi anak perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata, Muhammad Amirul meninggal dunia pada pukul 9.40 malam manakala adiknya disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 pagi tadi ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
“Siasatan awal mendapati dua beradik itu yang menaiki motosikal jenis Demak DV110 sedang dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.
“Sejurus tiba di lokasi nahas, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro sampah berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.
"Kedua-dua mereka pada awalnya dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan di zon merah, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, Christopher berkata, mayat kedua-dua mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
“Polis turut mengesan pemilik roro terbabit serta saksi bebas yang melihat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#motosikal langgar kontena roro sampah
#Melaka
#rempuh tong sampah roro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan