awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak cedera disengat ubur-ubur di Pantai Teluk Batik

Aida Aziz
Aida Aziz
01/10/2023
06:00 MYT
Dua beranak cedera disengat ubur-ubur di Pantai Teluk Batik
Lelaki berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia tiga tahun cedera di bahagian belakang badan, lengan dan kaki. - Gambar/ JBPM
LUMUT: Dua beranak cedera akibat terkena sengatan ubur-ubur ketika mandi di Pantai Teluk Batik, Manjung, di sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, lelaki berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia tiga tahun cedera di bahagian belakang badan, lengan dan kaki.
Ujarnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.18 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung dihantar ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kejadian didapati terdapat dua orang mangsa iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan terkena sengatan ubur-ubur ketika mandi laut.
"Kedua-duanya mengalami kecederaan di belakang badan, lengan dan kaki," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu katanya, anggota bomba memberikan rawatan khas dan membawa mangsa ke hospital bagi rawatan susulan.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azliza Asli itu tamat pada jam 12.35 tengah hari.
Topic Berkaitan
#serangan ubur-ubur
#lumut
#Teluk Batik
#mangsa cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan