awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak ditemui maut dalam kenderaan, dipercayai terhidu gas 'aircond' bocor

Bernama
Bernama
18/09/2025
07:20 MYT
Dua beranak ditemui maut dalam kenderaan, dipercayai terhidu gas 'aircond' bocor
Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Dua beranak ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat kebocoran gas penyaman udara di Jalan Solok Hilir, Paya Rumput di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian pada 12.24 tengah malam melibatkan Zabanah Abu Hussin, 57, dan anaknya Intan Nur Shafiqah Othman, 25, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).
"Mangsa berasal dari Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah dipercayai tertidur dan ditemukan orang awam yang menyedari mereka berada terlalu lama dalam kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Kesidang) 2025 di Ayer Keroh hari ini.
Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sampel darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian dadah, alkohol dan karbon monoksida manakala kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut dalam kereta
#Melaka
#tidur dalam kereta
#aircond bocor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan