awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak lemas ketika memukat udang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/12/2021
10:43 MYT
Dua beranak lemas ketika memukat udang
Kedua-dua mayat ditemui nelayan pada kedudukan berdekatan pada jam 10.30 pagi tadi.- Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Hasrat seorang bapa membantu anak bongsunya memukat udang di laut bertukar tragedi apabila kedua-dua mereka mati lemas di Perairan Kota Kuala Muda pagi Khamis.
Mangsa Mohamad Ariffie A Razak, 68, dan anaknya Zulhusni Mohamad Ariffie, 29, sebelum itu keluar dari rumah di Kampung Matang Bagan Kuala Muda Kedah kira-kira jam 7 pagi.
Namun sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira 1.5 kilometer dari Jeti Pasar Bisik, ketika sedang memukat udang anak mangsa dipercayai diserang sawan lalu terjatuh ke dalam air.
Bapanya yang terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anaknya turut lemas bersama.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisionar Adzli Abu Shah berkata, kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang ternampak kejadian lalu memaklumkan kepada isteri mangsa.
Isteri mangsa bergegas ke jeti Pasar Bisik, Kota Kuala Muda mendapati suami dan bapa mertua telah meninggal dunia.
“Zulhusni diserang sakit sawan dan terjatuh ke laut manakala bapanya cuba menyelamatkan anaknya turut lemas.
“Ketika kejadian anaknya memakai jeket keselamatan namun akibat penyakitnya dia tidak dapat berenang manakala bapanya tidak memakai jaket keselamatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Adzli kedua-dua mayat ditemui nelayan pada kedudukan berdekatan pada jam 10.30 pagi.
Mayat dua beranak itu kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#lemas
#memukat udang
#Sungai Petani
#kuala muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan