awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak parah dihempap pokok sawit

Bernama
Bernama
16/10/2024
10:56 MYT
Dua beranak parah dihempap pokok sawit
ua beranak cedera selepas dihempap pokok kelapa sawit tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta pada Selasa. - Foto PDRM
KUANTAN: Seorang ibu dan anaknya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka dihempap sebatang pokok sawit yang tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Ismail Man berkata dalam nahas kira-kira 1 tengah hari itu, penunggang motosikal S. Dhanalekchumi, 37, dari Taman Teratai, Benta cedera di leher.
Beliau berkata anak wanita itu K. Tanushrou, 7, pula cedera parah di kepala dan dada akibat kemalangan berkenaan yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.
"Apabila sampai di tempat kejadian, cuaca buruk dengan angin kencang, sebelum tiba-tiba sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang lalu menghempap kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lipis dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dua beranak parah
#cedera dihempap pokok sawit
#lipis
#lereng bukit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan