awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua blok SMK Lawas musnah dalam kebakaran

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/10/2024
23:30 MYT
Dua blok SMK Lawas musnah dalam kebakaran
Anggota bomba berusaha memadamkan api pada sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak yang terbakar sekitar jam 11.30 malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
LAWAS: Dua blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas musnah dalam kebakaran sekitar jam 11.30 malam tadi.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.36 malam, sebelum segera mengatur gerak sebuah jentera pemadam dan sebuah jentera water tanker dengan kekuatan 17 anggota menuju lokasi.
"Tiba tiga minit kemudian, pasukan memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan dua blok bangunan sekolah tersebut daripada jenis struktur tidak kekal. Ia melibatkan blok pentadbiran dan blok gedung ilmu,” kata beliau.
Sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak dijilat api. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
Sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak dijilat api. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
Pasukan bomba, kata Hendery lagi, menggunakan dua aliran dan empat nozel untuk kerja-kerja pemadaman, dengan sumber air adalah dari jentera water tanker.
Menurut Hendery, pasukan bomba juga menghadapi kesukaran ketika melakukan kerja-kerja pemadaman akibat masalah sumber air di lokasi kejadian.
" Operasi bagaimanapun tamat sekitar jam 4.35 pagi selepas semua punca nyalaan api dipadamkan," jelas beliau lagi,
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#SMK Lawas
#Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas
#Bomba Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan