awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tender perolehan Tentera Darat: SPRM kesan wang tunai RM2.4 juta cuba dilarikan
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bot berdaftar di Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia

Bernama
Bernama
13/06/2022
20:33 MYT
Dua bot berdaftar di Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia
Setakat tahun ini, pihak berkuasa maritim Indonesia telah menahan 79 bot haram asing dan tempatan termasuk lapan bot yang berdaftar di Malaysia. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
JAKARTA: Pihak berkuasa maritim Indonesia menahan empat bot termasuk dua bot yang berdaftar di Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.
Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia dalam satu kenyataan berkata dua bot Malaysia dengan pendaftaran PKFB 1269 dan PKFB 1280 dikesan di Selat Melaka pada 8 Jun lalu.
"Ini menunjukkan komitmen kami untuk menghapuskan penangkapan ikan secara haram serta melindungi sumber marin dan perikanan negara," kata Ketua Pengarah Pengawasan Sumber Marin dan Perikanan, Adin Nurawaluddin.
Beliau berkata bot dan barang rampasan dibawa ke Pelabuhan Perikanan Belawan, di Medan, Sumatera Utara untuk siasatan lanjut.
Setakat tahun ini, agensi itu telah menahan 79 bot haram asing dan tempatan termasuk lapan bot yang berdaftar di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maritim Indonesia
#menangkap ikan secara haram
#Selat Melaka
#bot Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan