awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bot berlanggar di Semporna, juragan maut

Bernama
Bernama
07/05/2022
13:28 MYT
Dua bot berlanggar di Semporna, juragan maut
Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital di sini selepas terjatuh di laut selepas bot dikendalikannya dilanggar sebuah bot tambang berdekatan perairan Jeti Balimbang, Pulau Bum Bum semalam. - Foto Sinar Harian
SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital di sini selepas terjatuh di laut selepas bot dikendalikannya dilanggar sebuah bot tambang berdekatan perairan Jeti Balimbang, Pulau Bum Bum di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata ketika kejadian pada 7.20 malam itu mangsa berusia 50 tahun mengendalikan sebuah bot kecil serta tidak berlampu sebelum dilanggar sebuah bot tambang dinaiki tujuh penumpang.
"Pada 8.31 malam, polis bertugas di Balai Polis Pulau Bum Bum menerima laporan berhubung kejadian iaitu mangsa menaiki sebuah bot dari arah Pulau Bum Bum menuju ke Pekan Semporna sementara bot tambang dikendalikan seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun itu dari Pekan Semporna ke Pulau Bum Bum.
Impak pelanggaran itu, bot mangsa pecah di bahagian belakang serta enjin bot jatuh ke laut termasuk mangsa, dan penumpang bot tambang bertindak pantas menyelamatkan mangsa, setelah kejadian itu mangsa dibawa ke hospital namun lebih sejam kemudian mangsa yang mengalami kecederaan lebam di perut selain di lengan kanan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu, selain juragan bot tambang berkenaan ditahan pada hari sama kejadian dan direman selama empat hari sehingga 10 Mei ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu Mohd Farhan berkata orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Insp Muhammad Nur Faez Hazreeq dengan menghubungi talian 089-781222 atau tampil ke balai polis berdekatan.
Di samping itu, Mohd Farhan turut mengingatkan pemilik bot atau juragan supaya memastikan keselamatan bot terjamin termasuk memasang lampu bot pada waktu malam serta menyediakan jaket keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot berlanggar
#bot bertembung
#warga asing
#Jeti Balimbang
#Pulau Bum Bum
#Polis Daerah Semporna
#bot tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan