KOTA TINGGI: Seorang pemancing dikhuatiri lemas manakala dua yang lain selamat dalam pelanggaran dua buah bot di Jalan Kerisi, Kampung Sungai Sembayong di sini, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Kota Tinggi, Rafiee A Karim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.11 petang sebelum 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, Pasukan keluaran Operasi (PKO) mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah bot masing-masing berukuran empat dan sembilan meter.
"Kemalangan itu menyebabkan tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun yang dalam perjalanan pulang dari memancing itu tercampak ke dalam sungai dari bot berukuran empat meter.
"Akibat pelanggaran itu, seorang mangsa yang berusia 35 tahun masih hilang manakala dua yang lain berjaya diselamatkan orang awam. Seorang mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kerja-kerja pencarian awal dengan kaedah pencarian di permukaan air sedang dijalankan menggunakan dua buah bot orang awam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,Supt Hussin Zamora, ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan menerima laporan itu.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan oleh Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penduduk setempat bagi mengesan seorang mangsa yang masih hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Seorang pemancing dikhuatiri lemas manakala dua yang lain selamat dalam pelanggaran dua buah bot di Jalan Kerisi, Kampung Sungai Sembayong petang tadi. - Gambar hiasan
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Bot berlanggar: Pemancing hilang ditemukan mati, tersangkut di pukat
Pemancing yang dilaporkan hilang selepas pelanggaran dua bot di Kampung Sungai Sembayong, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam, ditemukan mati tersangkut di pukat bot nelayan, petang tadi.
Dua bot berlanggar, seorang pemancing dikhuatiri lemas
Seorang pemancing dikhuatiri lemas manakala dua yang lain selamat dalam pelanggaran dua buah bot di Jalan Kerisi, Kampung Sungai Sembayong petang tadi.
Dua bot berlanggar di Semporna, juragan maut
Mangsa berusia 50 tahun mengendalikan sebuah bot kecil serta tidak berlampu sebelum dilanggar sebuah bot tambang dinaiki tujuh penumpang.
Bot pelancong berlanggar di Kuala Besut bawa penumpang berlebihan - Jabatan Laut
Keadaan itu menyebabkan bot pelancong tersebut sukar dikawal apabila berlaku pelanggaran, selain turut dipengaruhi faktor cuaca.
Dua bot berlanggar: Nelayan hilang, dua anak selamat
Operasi pencarian sejak pagi melibatkan tiga bot aluminium JBPM dan masing-masing sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Marin.
Bot karam: 6 termasuk kanak-kanak lemas di Sungai Serusup
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan.