awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot berlanggar: Pemancing hilang ditemukan mati, tersangkut di pukat

Bernama
Bernama
05/09/2022
14:49 MYT
Bot berlanggar: Pemancing hilang ditemukan mati, tersangkut di pukat
Pemancing yang dilaporkan hilang selepas pelanggaran dua bot di Kampung Sungai Sembayong, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam, ditemukan mati tersangkut di pukat bot nelayan, petang tadi. - Foto Sinar Harian/bomba
JOHOR BAHRU: Pemancing yang dilaporkan hilang selepas pelanggaran dua bot di Kampung Sungai Sembayong, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam, ditemukan mati tersangkut di pukat bot nelayan, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Rafiee A Karim, berkata mayat lelaki berusia 33 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Fauzi, ditemukan pada jam 3.20 petang, kira-kira 300 meter (m) dari lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat sepenuhnya pada 5.15 petang," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Terdahulu, Rafiee berkata operasi mencari dan menyelamat dibahagikan kepada dua pasukan dengan menggunakan dua unit bot aluminium.
"Operasi pencarian dilakukan dalam radius 400m dari kawasan mangsa dipercayai jatuh (daripada bot) dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air dan selaman.
BACA: Dua bot berlanggar, seorang pemancing dikhuatiri lemas
"Operasi pencarian turut dibantu oleh orang kampung dan beberapa buah bot nelayan tempatan," kata beliau.
Pada kejadian semalam, tiga pemancing dilaporkan terjatuh selepas pelanggaran dua bot tersebut.
Bagaimanapun, dua pemancing dikenali sebagai Mohd Mumtaz Hamzah, 38, dan Kamisan, 31, berjaya diselamatkan orang awam manakala Fauzi dilaporkan hilang pada kejadian kira-kira 5 petang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot berlanggar
#pemancing
#nelayan
#Kampung Sungai Sembayong
#Tanjung Sedili
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan