awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bot ekspres terbakar di terminal

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2018
01:59 MYT
Dua bot ekspres terbakar di terminal
Bot yang terbakar ditunda ke kawasan selamat bagi mengelakkan api merebak ke bot-bot lain yang turut ditambat di situ. Foto Ihsan JBPM Sarawak
Dua bot ekspres musnah terbakar dalam satu insiden di Terminal Penumpang Sibu, di Jalan Khoo Peng Long, di sini, pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.40 pagi.
Sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu kemudiannya diatur gerak ke lokasi kejadian.
Katanya, setiba di lokasi, kedua-dua bot telah terbakar dan tali pengikat kedua-duanya telah dilepaskan.
Bot pertama, jelasnya, musnah 100 peratus manakala bot kedua musnah 10 peratus, iaitu pada bahagian enjin.
Akibat kejadian itu, salah satu bot musnah seratus peratus sementara satu lagi mengalami kemusnahan 10 peratus. Foto Ihsan JBPM Sarawak
Dalam kejadian pagi ini, salah satu bot musnah seratus peratus sementara satu lagi mengalami kemusnahan 10 peratus. Foto Ihsan JBPM Sarawak
Ketika pasukan itu tiba, tambah Tiong, kedua-dua bot telah ditunda ke kawasan selamat bagi mengelakkan api merebak ke bot-bot lain yang turut ditambat di situ.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, malah pasukan terlibat hanya bersedia di tepi terminal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk.
Punca kebakaran dan taksir kerugian, katanya, masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#bot
#bot ekspres
#kebakaran
#Tiong Ling Hii
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan