awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bot mencurigakan kembali mendekati perairan negara

Hilal Azmi
Hilal Azmi
29/05/2015
04:30 MYT
Dua bot mencurigakan kembali mendekati perairan negara
Pihak TLDM menerima maklumat awal bahawa dua bot terbabit sedang melakukan cubaan untuk membolosi sempadan perairan negara. - Foto ihsan TLDM
Dua bot mencurigakan dipercayai membawa pelarian Rohingya seperti yang dikesan pada Khamis dilaporkan kembali menghampiri sempadan perairan Malaysia.
Kedua-dua bot terbabit difahamkan kini berada berdekatan garisan sempadan perairan Malaysia-Thailand.
Menurut Pemangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut III, Kepten Roslee Mohd Isa, pihaknya menerima maklumat bahawa dua bot terbabit sedang melakukan cubaan untuk membolosi sempadan perairan negara.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan bot terbabit menggunakan khidmat agen daripada sindiket pemerdagangan haram.
"Setakat ini pihak kami tidak dapat menjangka masa yang tepat bot terbabit untuk meneruskan perjalanan mereka.
"Saya percaya, penglibatan agen sindiket ini menyebabkan mereka takut untuk memasuki perairan negara.
"Mungkin juga agen terbabit cuba memeras ugut penumpang dalam bot berkenaan sebelum mereka memasuki perairan negara.
"Kami juga berharap pasukan ketenteraan Thailand akan membuat rondaan ke kawasan berkenaan untuk memudahkan proses tangkapan," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah objek yang dikenal pasti sebagai sebuah bot telah ditemui pasukan peronda TLDM.
Menurut Pemangku Panglima Markas Wilayah Laut III, Kapten Roslee Mohd Isa, bot yang dipercayai membawa pelarian Rohingya itu kini sedang disiasat berdasarkan rakaman imej yang diterima.
"Kami terima maklumat daripada pesawat Fennec menunjukkan terdapat objek yang dikenal pasti sebagai bot, terdampar di perairan Malaysia.
"Kami sudah menghantar imej terbabit ke Pengkalan Udara Perak untuk dianalisa secara menyeluruh," katanya.
Topic Berkaitan
#bot
#pemerdagangan manusia
#Roslee Mohd Isa
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan