MERSING: Dua buah bot nelayan asing Vietnam bersama 20 kru warganegara Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing bersama Pasukan Polis Marin (PPM) kerana menceroboh perairan negara bersama hasil rampasan bernilai RM3 juta.
Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, kedua-dua bot berkenaan ditahan sekitar pukul 12.30 tengah malam semalam di kedudukan lebih kurang 7.9 batu nautika dari timur laut Pulau Pemanggil, Mersing.
Katanya, pemeriksaan ke atas 20 kru termasuk tekong kedua-dua bot mengesyaki mereka adalah warga Vietnam berumur di antara 16 hingga 52 tahun.
"Kesemua mereka didapati gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah, diiringi masuk ke Jeti Maritim Malaysia Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.
"Dua bot beserta peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dianggarkan 9,000 kilogram dan bekalan diesel lebih kurang 11,500 liter dirampas. Hasil rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM3 juta.
"Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran dari Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Maritim Malaysia secara tegas mengambil serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pencerobohan vesel penangkapan ikan negara asing bagi mengaut hasil laut dalam perairan negara.
Maritim Malaysia turut mengingatkan seluruh komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang dan sekiranya gagal tindakan sewajarnya akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Sebarang aduan jenayah segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue May 17 2022
Salah sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing bersama Pasukan Polis Marin di kedudukan lebih kurang 7.9 batu nautika dari timur laut Pulau Pemanggil, Mersing. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Dua bot nelayan Vietnam, 20 kru ditahan ceroboh perairan negara
Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM3 juta merangkumi peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan 9,000 kilogram dan 11,500 liter diesel.