SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Taiwan kerana disyaki terlibat dalam sindiket scam (tipu) merekrut dan memperdaya rakyat tempatan untuk dijadikan pekerja operator pusat panggilan (calling center) di luar negara, dalam serbuan di Kajang pada Jumaat lepas (22 Julai).
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata bertindak atas maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat terletak di Taman Setia Impian, Kajang, pada kira-kira 6.30 petang yang membawa kepada penahanan kedua-dua suspek berusia 35 dan 40 tahun itu.
"Hasil soal siasat, warga Taiwan tersebut didapati masuk secara sah ke dalam negara sebagai pelancong sekitar April lepas sebelum merekrut seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penghantar pekerja operator yang direkrut mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini
Sasikala Devi berkata suspek akan menerima upah sekitar AS$1,000 (RM4,455.50) bagi seorang pekerja tempatan yang direkrut, daripada sindiket antarabangsa yang menjalankan kegiatan operator pusat panggilan (scam) dan judi, selain mereka turut menggunakan ejen tempatan dengan bayaran komisen yang tinggi sekiranya berjaya mendapatkan pekerja.
Menurutnya tawaran iklan pekerjaan itu dilakukan menerusi media sosial bagi mencari dan memperdayakan warga tempatan yang berminat untuk bekerja di luar negara.
"Setiap pekerja yang berminat mesti mempunyai pasport yang sah sebelum mereka dihantar ke sindiket di Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Myanmar," katanya.
Beliau berkata suspek lelaki Taiwan itu akan menguruskan proses mendapatkan sijil pemeriksaan kesihatan COVID-19 dan tiket penerbangan melalui sebuah agensi pelancongan di Taiwan.
Susulan serbuan itu, menurutnya turut dirampas enam telefon bimbit, 14 pasport Malaysia masing-masing 10 atas nama wanita dan empat lelaki berusia antara 19 dan 40 tahun; 14 borang pemeriksaan COVID-19; 19 borang visa kebenaran ke Myanmar; tujuh borang visa ke Dubai yang kesemuanya atas nama individu berlainan dengan ada antaranya dijadualkan berlepas ke Myanmar akhir Julai ini.
"Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti jumlah dan identiti warganegara tempatan yang telah berlepas ke luar negara. Kedua-dua suspek direman empat hari hingga esok dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Datuk S. Sasikala (kiri) menunjukkan pasport Malaysia dan borang Visa milik mangsa dalam kes sindiket scam yang memperdaya rakyat tempatan untuk dijadikan pekerja operator pusat panggilan di luar negara. - Bernama

Perak peroleh RM21.1 juta royalti NR-REE
Ia dijangka akan terus meningkat apabila mineral tersebut perlu diekstrak di dalam negara sebelum dieksport ke luar.
AWANI Pagi: Pengakap | Kuasa Lebih 10 Dekad Satukan Belia Malaysia
Diskusi 8.30 pagi ini bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul, merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara dan Zairin Adam Abdul Aziz, Pengakap Kelana, berkait 10 dekad kewujudan Persekutuan Pengakap Malaysia.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

Nostalgia makan bertalam di Rumah Atap Kuning
Lebih menarik, masakan kampung yang enak dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia silam, sambil dikelilingi keindahan alam.

Petronas catat pendapatan rendah pada suku ketiga ketika purata harga direalisasi lemah
Perolehan menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah.
![[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan [LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701121817_Palestinianswalk.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

Dua ditahan perdaya rakyat Malaysia jadi pekerja operator pusat panggilan
Polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat terletak di Taman Setia Impian, Kajang yang membawa kepada penahanan kedua-dua suspek.