awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ditahan SPRM disyaki terlibat dengan pembelian hotel di London

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2017
08:57 MYT
Dua ditahan SPRM disyaki terlibat dengan pembelian hotel di London
Azam (gambar) berkata, kedua-dua suspek dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan SPRM sebelum tindakan lanjut diambil oleh pasukan penyiasat. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua individu disyaki terlibat dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Cooperation (FIC).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan percaya kedua-dua suspek dapat memberikan maklumat berhubung kes berkenaan.
Katanya, kedua-duanya dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan SPRM sebelum tindakan lanjut diambil oleh pasukan penyiasat
Kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat selepas hadir untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pembelian hotel empat bintang tersebut di Kensington antara tahun 2013 dan 2015.
Mereka yang ditahan merupakan pengarah sebuah syarikat perundingan pengurusan aset berusia 45 tahun manakala seorang lagi adalah Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos yang berusia 36 tahun.
Ketika pembelian hotel itu dibuat, masing-masing merupakan Ketua Penasihat Korporat dan Pengarah syarikat Raine and Horne.
Susulan daripada siasatan yang dilakukan pasukan penyiasat, kedua-dua suspek disyaki telah memanipulasi harga hotel tersebut sehingga FIC telah terlebih bayar puluhan juta ringgit.
Setakat hari ini, pasukan penyiasat telah merakam percakapan seramai 11 saksi berhubung siasatan tersebut dan susulan daripada tangkapan pada hari ini, SPRM tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Felda
#Felda Investment Cooperation
#hotel
#London
#Mahkamah Putrajaya
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan