awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/10/2022
04:06 MYT
Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran
Dua individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini selepas disyaki memalsukan dokumen berhubung Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.
AYER KEROH: Dua individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas disyaki memalsukan dokumen berhubung Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.
Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 30-an serta seorang penjawat awam berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor.
Difahamkan, kedua-dua suspek itu ditahan selepas diminta hadir bagi memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Alai, Melaka Tengah antara pukul 8 hingga 8.15 malam tadi.
Wanita tersebut yang merupakan pengurus syarikat pelancongan serta penjawat awam itu dipercayai telah mengemukakan satu dokumen yang mengandungi butir matan palsu.
Dokumen berkenaan berkaitan Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka bagi mendaftarkan diri sebagai Ahli Majlis tersebut.
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan suspek berkenaan dan katanya siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#dua individu direman
#palsukan dokumen
#darjah kebesaran Melaka
#SPRM Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan