awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu ditemukan maut dalam sebuah kereta di stesen minyak

Bernama
Bernama
27/02/2024
15:27 MYT
Dua individu ditemukan maut dalam sebuah kereta di stesen minyak
Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini. - Foto JBPM/Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang tadi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati dua mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di kawasan letak kereta stesen minyak terbabit.
"Bomba telah membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan menyelamat dan menemukan seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu ditemukan maut
#stesen minyak
#Muadzam Shah
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan