JOHOR BAHRU: Mengalami keguguran sebanyak dua kali dan menghidap masalah kesihatan, tidak sesekali melunturkan semangat seorang pelajar untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Malah Nur Liyana Sulaiman,36, berkata dia yang melanjutkan pelajaran pada 2012 berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Perisian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meskipun ia mengambil masa selama sembilan tahun.
Wanita berasal dari negeri jelapang padi itu berkata motivasinya juga menurun dan pernah berputus asa, terutama selepas menghidap Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) pada 2013, dan kerap kali berulang-alik ke hospital sehingga beransur pulih pada 2019.
"Boleh kata setiap tahun saya masuk hospital disebabkan MRSA, dalam masa sama perlu fokus belajar. Saya pernah banyak kali terfikir untuk berhenti (belajar) kerana tidak larat hendak pergi hospital.
"Motivasi akan jadi menurun, sebab lihat orang lain juga sakit (di hospital) dan perlu masuk ubat serta badan jadi lemah. Namun, suami dan keluarga sentiasa beri sokongan jadi itu antara penguat saya," katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen UTM ke-65 di sini pada Sabtu.
Nur Liyana yang berbadan dua dan hanya meniti hari untuk melahirkan cahaya mata ketiga, hadir konvokesyen berkenaan ditemani suaminya Azri Amin Che Din, 37, serta ahli keluarga.
Katanya dia merasakan segala beban dan keringatnya untuk menghabiskan pengajian selama sembilan tahun kini berbaloi setelah menggenggam skrol hari ini.
Sementara itu, pasangan suami isteri Jamilah Mahmood dan Muhammad Aliif Ahmad yang masing-masing berusia 33 tahun melahirkan kesyukuran selepas kedua-duanya menerima skrol ijazah PhD Sistem Maklumat.
Menyambung pelajaran bersama-sama memahat kenangan manis buat pasangan itu apabila dapat memahami jerih payah untuk menghabiskan pengajian.
"Kami dapat saling membantu, pergi persidangan dan 'publish paper' (terbitkan penulisan akademik) bersama, begitu juga semasa ambil ijazah Sarjana, kami juga berdua habiskan pengajian bersama-sama," kata pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata itu.
Pasangan itu turut ditugaskan sebagai pensyarah di cawangan UTM di Kurdistan, Iraq iaitu di Qaiwan International University selama setahun pada 2019, sebelum bertugas di UTM, di sini.
Seramai 5,672 graduan UTM menerima ijazah serta diploma hari ini, dan majlis konvokesyen itu akan berlangsung dalam 14 sesi bermula hari ini sehingga 28 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Nur Liyana yang sarat hamil bergambar selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke-65 di Johor Bahru, 21 Mei 2022. --fotoBERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Wanita hamil di Gaza hadapi peningkatan kes keguguran akibat tekanan, kekurangan makanan - Laporan
Doktor di satu-satunya wad bersalin yang masih berfungsi di Gaza mendedahkan bahawa mereka melihat peningkatan kes keguguran.
'Tak pernah rasa sakit macam ni' - Kandungan kedua Ain Edruce gugur
Menurut Ain, dia mengalami keguguran disebabkan berlakunya pendarahan dan rasa sakit yang agak teruk di bahagian perutnya saat itu.
Hannah Delisha alami keguguran - "Insya-Allah jumpa di syurga nanti"
Pelakon Hannah Delisha mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran.
Gaza hadapi peningkatan bayi pramatang dan keguguran
Menurut Pengarah Jabatan Bersalin dan Nurseri Hospital Nasser di Khan Younis, jumlah kelahiran bayi telah menurun dua kali ganda.
"Saya bukan malaikat..." - Hana Ismail akui terkesan dakwaan gugur kerana kifarah
Pengacara, Hana Ismail akui terkesan dengan fitnah dakwaan mengalami keguguran akibat kifarah oleh seorang wanita di media sosial yang tular baru-baru ini.
Hana Ismail syukur Da'i Syed uruskan proses berpantang
Selepas menjalani rawatan mencuci rahim di sebuah pusat perubatan, Hana kini berpantang di rumah dengan dijaga oleh Da'i Syed.
'Ibu minta maaf, tak berjaya lahirkan Uwais...' - Shuhada menangis sebak
Dugaan demi dugaan menimpa isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada, bermula dari penceraian sehinggalah keguguran anak ketiganya.
Isteri Hafidz Roshdi keguguran di usia kandungan 14 minggu
Kata Shuhada, salah satu punca keguguran berkemungkinan disebabkan tekanan yang dihadapinya.
PRU15: Dugaan besar buat Young Syefura, disahkan keguguran ketika sambut hari jadi
PRU15: Dugaan besar buat Young, disahkan gugur ketika hari jadinya
Dua kali keguguran tidak lunturkan semangat pelajar habiskan pengajian PhD
Nur Liyana yang menghidap masalah kesihatan berjaya menghabiskan pengajian meskipun mengambil masa sembilan tahun.