Dua kampung masing-masing di daerah Membakut dan Beaufort dilanda banjir ekoran hujan lebat melebihi tiga jam sejak petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan berkata kawasan terjejas di Beaufort ialah Kampung Muhibbah dan Kampung Kiulu Lumat di Membakut.

"Ekoran banjir itu satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort dibuka pada 9.30 malam tadi dan kini operasi memindahkan mangsa sedang dilaksanakan.

"Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS akan dikeluarkan selepas operasi pemindahan dan pendaftaran selesai," menurut kenyataan itu.

Kedua-dua jalan utama di kampung berkenaan turut tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana dinaiki air.

-- BERNAMA