awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus tindakan bersama lebih tegas tamatkan pencerobohan Israel - Anwar

Bernama
Bernama
16/09/2025
02:00 MYT
Fokus tindakan bersama lebih tegas tamatkan pencerobohan Israel - Anwar
Anwar ketika mengadakan pertemuan ringkas bersama Putera Mahkota Arab Saudi di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, beliau berkata perkara itu dinyatakan semasa pertemuan ringkas dengan beberapa pemimpin di luar Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar semalam.
Pemimpin berkenaan ialah Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Raja Jordan Raja Abdullah II Al Hussein, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.
"Kami menekankan sokongan penuh terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rakus dan biadab rejim Zionis Israel, di samping memperkukuh kesepakatan untuk membela Palestin," kata beliau.
Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha pada 9 Sept lepas.
Serangan di kawasan Leqtaifiya itu melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis, mengorbankan enam orang termasuk anak pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, manakala pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Israel
#arab-islam
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami