Dua kanak-kanak maut dirempuh kereta ketika berbasikal

Mangsa berusia 10 dan 11 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selepas dilanggar kereta dari belakang. - Foto ihsan PDRM
YAN: Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah di sini pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah pada Sabtu.
- Mangsa berusia 10 dan 11 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selepas dilanggar kereta dari belakang.
- Ketua Polis Daerah Yan mengesahkan kejadian dan menyatakan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, pada jam lebih kurang 9.25 pagi, polis menerima makluman awal dari orang awam membabitkan kes kemalangan di Jalan Sedaka Tengah membabitkan sebuah kenderaan dan basikal.
"Dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian namun perkembangan kes akan dimaklum semula," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


