awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
Titah Agong wajar dijadikan 'peringatan' - Rais Yatim
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang

Bernama
Bernama
09/01/2020
21:15 MYT
Dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang pada Rabu. -Gambar hiasan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang pada Rabu.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata kes pertama positif Influenza A adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selesema.
Beliau berkata hanya satu kes dikesan di Klang melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.
"Sehingga kini, pelajar dan guru itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Namun seorang pelajar lelaki dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta namun dilaporkan stabil.
"Di Klang, seorang peaskit masih dirawat di hospital namun stabil dan seorang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang ke rumah. Siasatan lanjut mendapati, jangkitan di kedua-dua kawasan tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dr Sha'ari berkata kes jangkitan penyakit itu adalah terkawal dan tiada penutupan sekolah dilakukan di Selangor akibat Influenza A.
Beliau menjelaskan jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cyberjaya
#Datuk Dr Sha'ari Ngadiman
#Influenza A
#Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan