awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kilang proses ikan didenda RM10,000 sebabkan pencemaran bau - JAS P.Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/07/2022
12:41 MYT
Dua kilang proses ikan didenda RM10,000 sebabkan pencemaran bau - JAS P.Pinang
Kompaun dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini selepas pihak JAS mendapati kilang terbabit gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005. - Foto JAS P.Pinang
BUTTERWORTH: Dua buah kilang memproses ikan di Limbungan Chain Ferry, Butterworth di kompaun masing-masing RM4,000 dan RM6,000 selepas didapati gagal menguruskan buangan terjadual hingga berlaku pencemaran bau.
Kompaun dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini selepas pihak JAS mendapati kilang terbabit gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005.
Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya sebelum itu menerima aduan bau busuk dari penduduk Taman Limbungan Indah dan turun ke lapangan pagi tadi bagi menjalankan pemeriksaan.
“Siasatan pihak JAS Pulau Pinang mendapati aduan adalah berasas dan jarak antara penduduk taman dengan premis kilang adalah sekitar 30 meter sahaja,Operasi kilang memproses ikan akan memberi kesan bau apabila angin bertiup ke arah kawasan perumahan tersebut.
“Justeru, tindakan kompaun berjumlah RM 10,000 dikenakan di atas dua kilang yang diperiksa yang didapati gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharifah Zakiah berkata, notis arahan bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, juga dikeluarkan supaya pihak kilang mengambil tindakan segera bagi mengawal pencemaran bau.
Topic Berkaitan
#kilang proses ikan
#denda
#Limbungan Chain Ferry
#JAS Pulau Pinang
#Jabatan Alam Sekitar
#pencemaran bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan