awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kluster baharu di Sarawak melibatkan rumah panjang

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
10/06/2021
10:20 MYT
Dua kluster baharu di Sarawak melibatkan rumah panjang
Kedua-dua kluster komuniti dikenali sebagai Kluster Bali Pie, dan Kluster Jalan Samarakan itu dikesan melalui pergaulan sosial rapat dan kontak rapat dalam kalangan penduduk. - Gambar fail
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan dua kluster baharu di negeri itu melibatkan rumah panjang di daerah Subis, Miri dan daerah Tatau, Bintulu.
Kedua-dua kluster komuniti dikenali sebagai Kluster Bali Pie, dan Kluster Jalan Samarakan itu dikesan melalui pergaulan sosial rapat dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.
Kluster Bali Pie dikenal pasti selepas sejumlah 234 individu telah disaring dari dua buah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Bakas, Sibuti, Subis
“Hasil saringan 62 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 181 kes didapati negatif.
"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan CAC Klinik Kesihatan Tudan serta dimasukkan ke Hospital Miri serta PKRC Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya dalam laporan harian COVID-19 pada Khamis.
Sementara Kluster Jalan Samarakan, Tatau melibatkan sebuah rumah panjang yang juga di bawah PKPD di Jalan Samarakan, dikesan melalui ujisan saringan sejumlah 79 individu.
“49 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, manakala 28 kes didapati negatif dan dua kes masih menunggu keputusan makmal.
"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan dimasukkan ke Hospital Bintulu serta PKRC Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” terangnya.
Kemas kini kenyataan JPBN Sarawak juga memaklumkan, jumlah keseluruhan kluster aktif adalah sebanyak 77 dengan 67 kluster tidak merekodkan penambahan kes dalam tempoh 14 hari.
Secara keseluruhan Sarawak mencatatkan penambahan 631 kes baharu COVID-19 hari ini dan sejumlah 387 daripada jumlah kes telah dikesan di lima buah daerah iaitu di Kuching, Miri, Sri Aman, Sibu dan Tatau menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 53,631 kes.
Malah, empat kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada seramai 334.
Topic Berkaitan
#kluster komuniti
#Rumah panjang
#aktiviti sosial
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#Kluster Bali Pie
#Kluster Jalan Samarakan
#Subis
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan