awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua laluan baharu bas perantara ke LRT Seri Petaling, Bandar Puteri Puchong hari ini

Bernama
Bernama
18/03/2021
07:11 MYT
Dua laluan baharu bas perantara ke LRT Seri Petaling, Bandar Puteri Puchong hari ini
Laluan baharu bas perantara (T582) ke Stesen LRT Sri Petaling merangkumi kawasan utama Bandar Baru Sri Petaling, Taman Bukit Intan dan Stadium Hoki Bukit Jalil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, Rapid KL memperkenalkan dua laluan bas perantara baharu ke stesen LRT Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin berkata, usaha itu merupakan kerjasama di antara Rapid Rail dan Rapid Bus yang akan menghubungkan kawasan komuniti di sekitar Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong.
"Kini komuniti di sekitar kawasan Sri Petaling dan Bandar Puteri mempunyai pilihan penjimatan dari segi kos bahan api, tol serta bayaran parkir apabila menggunakan perkhidmatan bas perantara baharu yang melalui kawasan perumahan utama dengan tambang serendah RM1," katanya dalam kenyataan hari ini.
Laluan baharu bas perantara (T582) ke Stesen LRT Sri Petaling merangkumi kawasan utama Bandar Baru Sri Petaling, Taman Bukit Intan dan Stadium Hoki Bukit Jalil.
Bagi laluan baharu bas perantara (T605) ke Stesen LRT Bandar Puteri Puchong pula, perkhidmatan merangkumi jajaran kawasan Bandar Puteri Puchong, Puchong Hartamas, Kampung Pasir Puchong dan Puteri 11.
Melalui perkhidmatan ini, penduduk mempunyai pilihan tambahan untuk ke atau dari stesen-stesen LRT yang terlibat dengan kekerapan bas setiap 20 minit selain menikmati tambang perjalanan sehala yang lebih ekonomi serendah RM1.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Abdul Hadi Amran berharap perkhidmatan laluan baharu bas perantara itu dapat memudahkan perjalanan komuniti setempat, di samping memberikan penjimatan kepada mereka untuk ke rangkaian rel Rapid KL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#LRT Sri Petaling
#Bandar Puteri Puchong
#Stesen LRT Sri Petaling
#Taman Bukit Intan
#Stadium Hoki Bukit Jalil
#Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan