awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki cuba ragut rantai leher wanita diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2021
20:50 MYT
Dua lelaki cuba ragut rantai leher wanita diberkas
Polis berjaya memberkas dua suspek berkenaan di Banting pada jam 2 petang hingga 5 petang, Khamis. - Gambar hiasan
KLANG: Polis menahan dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes cubaan ragut rantai leher seorang jurujual di belakang sebuah kedai di Jalan Tengku Kelana di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, wanita berusia 23 tahun itu sedang membersihkan kawasan di belakang kedainya.
"Tiba-tiba, seorang lelaki telah datang ke arah mangsa dan cuba untuk meragut rantai emas milik mangsa tetapi tidak berjaya.
"Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira bersama tiga lagi lelaki tidak dikenali yang berada di dalam kereta tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Shamsul Amar berkata, pihaknya berjaya memberkas dua suspek berkenaan di Banting pada jam 2 petang hingga 5 petang, Khamis.
"Kami merampas kereta yang digunakan dalam kejadian ini. Kami juga sedang giat mengesan dua lagi lelaki dikenali dengan nama ‘Paiyen’ dan ‘Kabilan’ bagi membantu siasatan," katanya.
Shamsul Amar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Asisten Superintenden Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 serta mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Pada Khamis, sebuah video tular berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan suspek cuba meragut rantai leher milik seorang wanita di belakang sebuah kedai.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#ragut
#rantai leher
#jurujual
#Shamsul Amar Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan