awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan 'smart lane', dasar lori lebih muatan antara tumpuan dewan rakyat hari ini
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
Champions League: Bodø/Glimt cipta kejutan besar, tewaskan Manchester City 3-1 di Arctic Circle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki cuba seludup dadah ke dalam pusat tahanan tentera

Bernama
Bernama
27/03/2017
05:22 MYT
Dua lelaki cuba seludup dadah ke dalam pusat tahanan tentera
Suspek cuba seludup dadah dengan menyembunyikan bahan telarang itu dalam roti. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan atas cubaan menyeludup dadah jenis syabu kepada rakannya yang sedang ditahan di pusat tahanan di sebuah kem tentera dekat sini.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata kedua-dua suspek yang berusia 21 dan 25 tahun, telah diserahkan kepada pihak polis semalam, oleh pegawai tentera yang berjaya menghidu perbuatan mereka.
"Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Felda Keratong, telah datang untuk melawat rakan mereka yang merupakan tahanan tentera di sebuah kem dekat sini.
"Semasa di pondok lawatan, pegawai tentera telah memeriksa bungkusan roti yang dibawa untuk diserahkan kepada tahanan dan didapati di dalam roti telah diselitkan dadah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hamazah berkata pemeriksaan lanjut telah menjumpai sepaket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 5.82 gram dan sepaket plastik disyaki mengandungi sebiji pil yaba.
Beliau berkata seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau dan saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Kedua-dua suspek ditahan reman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#seludup
#suspek
#tahanan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan