awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki diberkas curi kabel rumah pam air

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2023
23:30 MYT
Dua lelaki diberkas curi kabel rumah pam air
Serbuan yang dijalankan polis turut berjaya merampas kabel dan tembaga yang disyaki dicuri di tempat kejadian.
KLANG: Dua lelaki diberkas dipercayai mencuri kabel tembaga di rumah pam air di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua suspek ditahan berumur lingkungan 20 an.
Menurutnya, penangkapan terhadap kedua-dua suspek dijalankan setelah polis menerima laporan daripada seorang juruteknik berkaitan kejadian kecurian di lokasi kejadian pada 22 Februari lalu kira-kira jam 8.04 malam.
"Rondaan dilakukannya kira-kira jam 3.30 petang mendapati pintu rumah pam air tersebut dalam keadaan terbuka selain kunci pagar telah dipotong.
"Pemeriksaan dilakukan mendapati kabel sepanjang anggaran 150 meter yang berada dalam kawasan rumah pam tersebut telah dipotong," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, anggaran kerugian dipercayai kira-kira RM5,000.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta yang dinaiki oleh dua lelaki telah memasuki kawasan rumah pam air dan bertindak memotong kabel tersebut," katanya.
Ujar Hoong Fong, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua lelaki tempatan di lokasi berasingan kira-kira jam 4.30 petang sekitar Jalan Armada Putra, Klang.
"Serbuan dijalankan turut berjaya merampas kabel dan tembaga yang disyaki dicuri di tempat kejadian.
"Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah," katanya.
Katanya, kedua-dua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#rumah pam air
#Cha Hoong Fong
#Jalan Armada Putra Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan