awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didakwa culik 'Datuk', tuntut RM19 juta

Bernama
Bernama
17/02/2017
07:11 MYT
Dua lelaki didakwa culik 'Datuk', tuntut RM19 juta
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala kedua-dua tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam. - Gambar hiasan
Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta, hampir dua tahun lepas.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ang Boon Leong, 39, dan Lim Sin Chye, 44, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama-sama dua orang yang telah dituduh dan tiga lagi yang masih bebas melarikan dan mengurung secara salah mangsa, Datuk Chin Yoke Choon, 54.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique B2-34, Jalan Indera Mahkota 7/1, Bandar Indera Mahkota di sini, pada pukul 5.55 petang, 26 Dis 2015.
Mengikut fakta kes, mangsa, seorang pengarah eksekutif syarikat pasar raya besar, hartanah dan pembinaan diculik sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis yang menaiki 'kereta peronda'.
Kedua-dua tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
Noor Zaihan menetapkan 28 Feb ini untuk sebutan semula kes berkenaan.
Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal.
Sementara itu, kedua-dua tertuduh itu turut dihadapkan di Mahkamah Sesyen secara berasingan iaitu Ang di Mahkamah Sesyen 4 manakala Lim di Mahkamah Sesyen 1 atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang iaitu Geng William.
Bagaimanapun, Lim mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Unaizah Mohd manakala Ang pula mengaku salah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, Lim dituduh melakukan kesalahan itu antara awal Julai 2015 hingga 4 Feb lepas manakala Ang pula didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara Mei 2015 hingga 21 Jan lepas.
Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Unaizah dan Siti Aminah masing-masing menetapkan 28 Feb ini sebagai sebutan semula kes untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi selain menunggu keputusan laporan kimia serta DNA.
Ang dan Lim tidak dibenarkan diikat jamin berikutan penahanan itu dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala kedua-dua tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#Datuk
#kes mahkamah
#pampasan
#wang tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan