KUALA PILAH: Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas, di sini hari ini.
Pengurus kedai emas itu Noorhasliza Abd Rahman berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya, kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi tadi menunjukkan kedua-dua mangsa yang membawa dua beg telah diserang dua lelaki memakai topeng hitam.
"Kejadian berlaku di luar premis ini, dua individu itu adalah pembekal barang kemas, memang keadaan panik dan ia merupakan kejadian pertama berlaku di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kedainya.
Noorhasliza berkata laporan polis telah dibuat dan rakaman CCTV itu telah diserahkan untuk siasatan lanjut.
Katanya, ketika insiden itu semua pekerja berada di dalam kedai melayan beberapa pelanggan.
Tinjauan pemberita di kawasan itu mendapati kedai emas berkenaan beroperasi seperti biasa dan pihak polis melakukan sekatan jalan raya di beberapa laluan.
Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat itu, sebuah kereta berwarna perak dilihat berhenti berhampiran mangsa yang baru keluar daripada kereta, sebelum suspek yang memegang senjata kelihatan seperti parang turun lalu menyerang mereka.
Mangsa dilihat cuba menyelamatkan diri, namun dikejar dan diserang serta suspek merampas beg yang dibawa mereka, sebelum melarikan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
"Maklumat lanjut belum diperoleh daripada Ketua Polis Daerah Kuala Pilah. Kami akan maklumkan (perkembangan) dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas. - Foto Sinar Harian/media sosial
Tetingkap tunggal MYStartup lengkapkan ekosistem syarikat pemula tempatan - Lih Kang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata portal MYStartup yang dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan tetingkap tunggal untuk semua penyelesaian mengenai syarikat pemula di Malaysia. Jelasnya, laman tersebut melengkapkan ekosistem syarikat pemula tempatan dengan menghimpunkan pengasas syarikat, pelabur dan bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). #AgendaAWANI
Lebih banyak sekutu AS di Asia Barat, Afrika membawa haluan sendiri - Pakar
Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Aminurraashid Yatiban berkata lebih banyak negara-negara yang dikenali sebagai sekutu rapat Amerika Syarikat di Asia Barat dan Afrika yang menjauhkan diri dari negara kuasa besar itu. Jelasnya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mula membentuk pendirian sendiri yang secara tidak langsung menggagalkan usaha penolakan Amerika Syarikat terhadap Palestin di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #AgendaAWANI
AKPK Melaka struktur semula 2,107 fasiliti kad kredit golongan belia sejak 2006
Setakat Mac lepas juga, 4,948 fasiliti kredit berjaya distruktur semula di Melaka menerusi pelan pembayaran balik yang komprehensif dan holistik.
Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu .
Shahril jumpa pakar bedah esok, akan maklum perkembangan Faisal
Faisal cedera selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali minggu lalu dan semakin beransur pulih.
Kepala Air di Lata Kinjang, beberapa batang pokok besar turut dihanyutkan
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar US (DXY), kata seorang penganalisis.
Lagi kejadian pokok tumbang, apa tindakan pihak berkuasa?
Lagi kejadian pokok tumbang dipukul ribu di ibu negara. Persoalannya, apa tindakan pihak berkuasa untuk atasi? Syaff Shukri ada laporannya.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara hari ini.
Kerajaan setuju landasan LTSIP dipanjangkan kepada 2,800 meter - Loke
Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.