awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh akauntan

Bernama
Bernama
13/12/2023
09:05 MYT
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh akauntan
Kedua-dua mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan semalam di sekitar Lembah Klang dan merupakan rakan kepada mangsa.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan sebuah syarikat swasta yang ditemukan di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kedua-dua mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan semalam di sekitar Lembah Klang dan merupakan rakan kepada mangsa.
"Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kedua-dua individu ini direman bermula semalam hingga 18 Dis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan objek tumpul di beberapa bahagian badan namun lokasi kejadian masih belum dikenal pasti.
Terdahulu, lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam kira-kira 6 pagi, 11 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh akauntan
#mayat ditemui
#Polis Daerah Cheras
#Kampung Cheras Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan