awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan

Bernama
Bernama
07/02/2026
20:15 MYT
Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan
Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima dua laporan polis mengenai penemuan dua mayat pada kira-kira 7 dan 7.55 malam. - Foto IPD Tumpat
KOTA BHARU: Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Pekan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata mayat kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 31 dan 42 tahun, ditemukan terapung di tebing sungai dengan jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.
"Bertindak atas dua laporan polis mengenai penemuan dua mayat tersebut pada kira-kira 7 dan 7.55 malam, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh kedua-dua mangsa, dan mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pegawai perubatan mengesahkan bahawa punca kematian adalah akibat lemas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Tumpat menerusi talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Kelantan
#lemas
#Tumpat
#mayat terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan