awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/11/2023
03:40 MYT
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Menurut polis, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan bermain mercun pada awal pagi sehingga mengganggu ketenteraman awam, dua lelaki turut bertindak melontarkan bahan letupan itu kepada anggota polis.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan Lembah Subang, Kelana Jaya, jam 4.35 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada orang awam di kawasan tersebut.
"Semasa tiba, polis mendapati terdapat anggaran 50 penduduk perumahan tersebut berkumpul dalam keadaan takut dan marah akibat bunyi mercun yang berterusan.
"Anggota dan kenderaan polis yang berada di lokasi kejadian turut dilontarkan mercun oleh kedua-dua suspek itu.
"Bagaimanapun, hasil makluman awam, polis berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau, melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
"Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dibenarkan tahanan reman selama dua hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955," ujarnya.
Topic Berkaitan
#mercun
#bahan letupan
#Lembah Subang
#polis petaling jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan