awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut kenderaan tenggelam dalam tali air

Bernama
Bernama
28/12/2023
16:39 MYT
Dua lelaki maut kenderaan tenggelam dalam tali air
Dua lelaki maut akibat terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda yang tenggelam selepas dipercayai tergelincir lalu terbalik ke dalam tali air. - Foto Polis Daerah Perak Tengah
IPOH: Dua lelaki maut akibat terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda yang tenggelam selepas dipercayai tergelincir lalu terbalik ke dalam tali air di Kampung Pulau Pisang, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Mohd Uzir Ismail berkata ketika kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 39 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 25 tahun dalam perjalanan membawa muatan kelapa sawit dari ladang di Kampung Pulau Pisang.
"Dalam kemalangan ini, kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kereta semasa tenggelam dalam air sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.
"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus, satu lorong dan sempit selain jalan tidak berturap dan tidak berbatu, manakala kejadian berlaku semasa cuaca baik.
Mohd Uzir berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian pemandu ialah drowning due to road vehicle accident, manakala punca kematian penumpang ialah pulmonary oedema consistent with drowning due to motor vehicle accident.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah melalui talian 014-6790829 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pacuan empat roda
#kenderaan tenggelam
#Tali air
#Polis Daerah Perak Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan