awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut tercampak dari kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2022
23:00 MYT
Dua lelaki maut tercampak dari kereta
Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang dipercayai terbabas dan kemudian berlanggar dengan Hilux. -Foto Sinar Harian
GUA MUSANG: Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang dipercayai terbabas dan kemudian berlanggar dengan sebuah pikap jenis Hilux dalam kejadian di kilometer 56 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Ladang Serasa di sini pada Rabu.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohd Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd Zulkanain Aziz, 35, maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Sementara itu, seorang lagi rakan mereka Rahmatullah Amzah, 36, mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintanden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian Perodua Myvi itu dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang.
"Setiba di lokasi kejadian, Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan.
"Kereta tersebut kemudian naik semula ke atas jalan raya lalu berlanggar dengan sebuah Hilux yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi tercampak keluar dari kereta tersebut dan jatuh dalam longkang di sebelah kiri jalan menuju ke Gua Musang.
Ujarnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Choon Foo berkata, pemandu pacuan empat roda berusia 32 tahun bersama tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun seorang lagi penumpang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan di rawat di HSIP.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Gua Musang-Kuala Krai
#Ladang Serasa
#Mohd Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim
#Mohd Zulkanain Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan