awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki tersangkut dalam gondola di tingkat 31 bangunan

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2019
09:46 MYT
Dua lelaki tersangkut dalam gondola di tingkat 31 bangunan
Dua mangsa yang terperangkap dalam gondola ketika melakukan kerja penyelenggaraan di tingkat 31 bangunan sebuah hotel di ibu negara. - Gambar ihsan Balai Bomba dan Penyelamat
Dua lelaki melalui detik cemas apabila terperangkap di dalam gondola yang tersangkut di tingkat 31 bangunan sebuah hotel ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Jalan Ampang, ibu negara.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.12 tengah hari Selasa.
"Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dan BBP Hang Tuah diketuai Komander Operasi Penolong Pegawai Kanan II Azrin Noor Ahmad digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati dua lelaki berumur lingkungan 30-an berada dalam gondola tersangkut di tingkat 31 bangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyebut pihak bomba dimaklumkan bahawa gondola tersebut mengalami masalah teknikal.
Bagaimanapun, kedua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dari Unit High Rise (HRRT) pada jam 2.37 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.52 petang.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Dua lelaki tersangkut dalam gondola di tingkat 31 bangunan
#gondola
#jalan ampang
#kerja penyelenggaraan
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan