awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki warga asing didakwa bunuh pemandu Grab

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2018
07:33 MYT
Dua lelaki warga asing didakwa bunuh pemandu Grab
Sua Lay dan Gurpreet masing-masing didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Aiman Nosri. -Astro AWANI
Dua lelaki warga Myanmar dan India dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab bulan lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Sua Lay, 33, dan Gurpreet Singh, 23.
Sua Lay dan Gurpreet masing-masing didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, lorong belakang Blok C, Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves dekat sini pada pukul 10.08 malam, 21 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, Ahmad Zuhaini Muhamad Amin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sua Lay adalah pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang manakala Gurpreet pula sebagai kelindan lori tidak diwakili peguam.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan kes bagi laporan forensik dan perubatan.
Kehilangan seorang pemandu Grab sejak 21 Jun lalu terjawab selepas pemuda itu ditemukan mati dalam kereta Perodua Myvi miliknya di tempat letak kenderaan kawasan perumahan Selayang Baru dekat sini.
Mayat mangsa ditemui pada 23 Jun lalu kira-kira pukul 8.20 malam setelah dua hari dilaporkan hilang.
Mayat pemandu berasal dari Nilai itu ditemukan dalam keadaan terlungkup di tempat duduk penumpang belakang dalam keretanya dengan bahagian kepala mengenai lantai kereta itu dan kakinya ke atas.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ditekup menggunakan baju T miliknya sendiri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zuhaini Muhamad Amin
#Aiman Nosri
#grab
#Gurpreet Singh
#mahkamah majistret selayang
#meninggal dunia
#Myvi
#Sua Lay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan