awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lokaliti dikenakan PKPD, enam lagi ditamatkan - MKN

Fareez Azman
Fareez Azman
02/10/2021
12:13 MYT
Dua lokaliti dikenakan PKPD, enam lagi ditamatkan - MKN
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata dua lokaliti masing-masing di Negeri Sabah dan Perak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 3 dan 4 Oktober depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua lokaliti masing-masing di negeri Sabah dan Perak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 3 dan 4 Oktober depan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad menerusi satu kenyataan media pada Sabtu
Ia melibatkan di Kampung Orang Asli Chadak, Tanjung Rambutan di Daerah Kinta, Perak bermula 3 Oktober sehingga 16 Oktober 2021.
Manakala di Daerah Ranau, Sabah melibatkan Kampung Mokodou bermula 4 Oktober sehingga 17 Oktober 2021.
Manakala satu lokaliti di Daerah Bentong, Pahang melibatkan Kampung Orang Asli Ulu Pareh dilanjutkan PKPD sehingga 17 Oktober 2021.
Dalam perkembangan berkaitan, Rodzi turut memaklumkan lima lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan PKPD bermula 3 Oktober ini.
Ia melibatkan Kampung Tamu Darat di Daerah Kota Belud, Sabah, Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungao Chohong di Daerah Cameron Highlands.
Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka di Daerah Jerantut, Pahang.
Manakala satu lokaliti iaitu PASDEC Bandar Damansara di Daerah Kuantan, Pahang ditamatkan PKPD bermula hari ini.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Kuantan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Orang Asli
#Pahang
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Sabah
#Ketua Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan