awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia

Bernama
Bernama
01/12/2023
07:40 MYT
Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia
Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak. - Gambar/ JKSB
BATU KAWAN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan bahawa dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) telah dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) untuk kemudahan pengguna.
JKSB yang merupakan pemegang konsesi JSAHMS dalam kenyataan memaklumkan dua lorong terlibat ialah Lorong K23, Plaza Tol B dari arah Lebuh Raya Utara-Selatan ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan.
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu di sebelah pagi bermula 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, manakala pada sebelah petang pula antara 4.30 petang hingga 7 malam.
"Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak," menurut JKSB.
Menurut kenyataan itu petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih di lorong manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna.
Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai agar dapat memastikan baki kad atau e-dompet mereka mencukupi bagi perjalanan yang lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lorong rfid
#Jambatan Kedua
#Jambatan Pulau Pinang
#Plaza Tol Bandar Cassia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan