awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dalam kemalangan libatkan bas dan kereta

Bernama
Bernama
19/01/2024
05:16 MYT
Dua maut dalam kemalangan libatkan bas dan kereta
Siasatan awal polis mendapati kereta Honda Accord dari arah Rantau Panjang hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bas.
KOTA BHARU: Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan kereta berhampiran Jambatan Gertak Buaya di Rantau Panjang, Pasir Mas kira-kira 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata kejadian menyebabkan penumpang kereta Nurul Suhaila Mohamad Othman, 21, dan pemandu bas ekspres Ayub Che Soh, 49, meninggal di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta Honda Accord dari arah Rantau Panjang itu hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bas dan akibat pelanggaran, bas itu terbabas ke sebelah kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik.
"Pemandu bas dan penumpang kereta maut di tempat kejadian. Pemandu kereta yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu ibu kepada Nurul Suhaila, Norma Mat Noor, 61, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Belukar Jenereh, Salor,
"Saya dimaklumkan Nurul Suhaila terlibat dalam kemalangan, saya ingatkan kemalangan biasa namun apabila tiba bila di Hospital Pasir Mas rupanya Nurul Suhaila antara yang meninggal dunia. Saya harap proses bedah siasat dapat disegerakan," katanya.
Beliau berkata Nurul Suhaila peniaga kedai makan merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas dan kereta
#Polis Pasir Mas
#bas ekspres
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan