awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Kampung Gajah

Aida Aziz
Aida Aziz
11/10/2023
09:46 MYT
Dua maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Kampung Gajah
Menurut bomba, dua mangsa dari Perodua Kancil tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia, manakala dua mangsa dari X-Trail iaitu suami isteri cedera ringan. - Foto JBPM Perak
PASIR SALAK: Dua wanita maut manakala sepasang suami isteri cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Changkat Rambai, Kampung Gajah di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Kancil.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia merupakan dua wanita berusia 32 tahun.
Manakala dua mangsa dari kenderaan utiliti sukan (SUV) X-Trail iaitu pasangan suami isteri berusia 40 tahun cedera ringan.
"Pihak kami terima panggilan pada jam 11.17 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah bergegas ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati terdapat dua kenderaan terbabit kemalangan.
"Dua mangsa dari Perodua Kancil tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia, manakala dua mangsa dari X-Trail iaitu suami isteri cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sayani menambah, anggota bomba menggunakan peralatan hydraulic cutter bagi mengeluarkan mangsa.
Katanya lagi, operasi mengeluarkan mangsa berjaya dilaksanakan dan mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia serta polis bagi tindakan sewajarnya.
Topic Berkaitan
#dua maut
#Kampung Gajah
#kemalangan dua kenderaan
#bomba perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan