awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, empat cedera dalam kebakaran di Pontian

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2025
07:06 MYT
Dua maut, empat cedera dalam kebakaran di Pontian
Mayat dua mangsa warga Thailand yang melecur 80 dan 95 peratus ditemui di bahagian tingkap dan bawah runtuhan bumbung. - Foto JBPM Pontian
PONTIAN: Dua lelaki maut, manakala empat yang lain cedera dalam insiden kebakaran rumah di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Pontian, di sini pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki warga Thailand maut dan empat lagi cedera dalam kebakaran rumah teres setingkat di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Pontian, Johor pada jam 11 pagi.
  • 15 anggota bomba dengan tiga aset dikerahkan ke lokasi; rumah musnah 80% dan mangsa cedera dihantar ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.
  • Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, dengan operasi diketuai oleh Komander BBP Pontian, Mohd Nazri Ahmad Shahidon.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mayat dua mangsa lelaki dewasa warga Thailand yang melecur 80 dan 95 peratus ditemui di bahagian tingkap dan bawah runtuhan bumbung.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Nazri Ahmad Shahidon berkata, seorang lagi mangsa lelaki dewasa cedera parah dengan melecur 40 peratus.
Manakala tiga lagi cedera ringan manakala seorang lagi dilaporkan selamat.
Katanya lagi, seramai 15 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.
Kebakaran rumah teres setingkat yang dihuni tujuh mangsa musnah 80 peratus.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut manakala jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran pontian
#dua maut
#warga Thailand
#bomba Pontian
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan