awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kenderaan bertembung dekat Maran

Bernama
Bernama
02/12/2016
00:00 MYT
Dua maut kenderaan bertembung dekat Maran
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di KM113 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran petang Khamis. Gambar fail
Seorang guru dan seorang mekanik maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di KM113 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Mohamad Noor Yusof Ali, mangsa yang maut ialah guru yang juga penumpang hadapan kereta dikenali sebagai Nurul Fadhilah Lamri, 24, dan penunggang motosikal Wong Chee Seng, 18, seorang mekanik.
"Kemalangan berlaku pada 7.15 malam ketika kenderaan yang dinaiki Nurul Fadhilah bersama empat rakannya dalam perjalanan dari Temerloh ke rumah sewa mereka di Taman Awah Permai berhenti di simpang masuk sebelum tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dipandu laju dari arah bertentangan dan merempuh bahagian pintu sebelah kiri hadapan kereta itu.
"Rempuhan yang kuat itu menyebabkan Wong tercampak ke sebelah kanan kenderaan sebelum dihempap oleh kereta sama yang terbalik akibat pelanggaran itu," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Menurutnya mangsa kemudian dibawa keluar oleh orang awam yang membantu menterbalikkan kereta dan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala dan badan.
Katanya Nurul Fadhilah turut maut kerana tersepit akibat rempuhan berkenaan manakala empat lagi rakannya termasuk pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat serta mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
#kemalangan
#nurul fadhilah lamri
#wong chee seng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan