awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
Banjir: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis belum beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/09/2024
03:00 MYT
Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan
Anggota BBP Jengka bertungkus lumus mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan tiga kenderaan di jalan utama Jengka Tiga, berhampiran kilang sawit pada Isnin. - Foto JBPM Pahang
JENGKA : Dua maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di jalan utama Jengka Tiga, berhampiran kilang sawit di sini pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira jam 7.16 pagi.
Menurutnya, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza, Myvi dan Toyota Avanza.
"Terdapat seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam kereta Perodua Alza, manakala seorang lelaki dan tiga perempuan di dalam Toyota Avanza.
"Di dalam kereta Myvi pula melibatkan mangsa seorang wanita," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ismail berkata, pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat selain membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi keberbahayaan di lokasi kejadian.
"Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#Kanak-kanak
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan