awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan

Bernama
Bernama
02/03/2024
22:00 MYT
Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan
Nahas melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori 10 tan mengakibatkan dua maut dan lima parah di Batu 25, Jalan Sandakan, Sandakan, tengah hari Sabtu. - Foto Sinar Harian
SANDAKAN: Dua maut manakala lima lagi parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan di Batu 25, Jalan Sandakan di sini tengah hari semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui ketika dihubungi berkata kedua-dua mangsa yang belum diketahui identiti itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
Beliau berkata lima pegawai dan anggota Bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian terletak 38 kilometer dari BBP Sandakan dan mangsa yang cedera dikeluarkan lebih awal dengan bantuan orang awam.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 12.53 tengah hari tadi. Lima mangsa yang parah iaitu dua wanita serta tiga kanak-kanak lelaki dihantar ke hospital.
"Selain itu empat individu yang berada di dalam lori iaitu pasangan suami isteri dan dua anak lelaki mereka tidak mengalami kecederaan," katanya.
Severinus berkata siasatan awal mendapati mangsa yang parah dikenali sebagai Nurliza Ginting, 29, Emma, 28, Haikal, 11, Hasrun, 7, serta Amirul, 4 manakala empat individu yang berada di dalam lori ialah Kamaludin Jaffren, 36, Nurul Hidayah Abd Rahim, 38, Saiffulah Kamaludin, 5, dan Hamrulah, 1 tahun 5 bulan.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada 2.18 petang selepas pemeriksaan akhir di kawasan kemalangan dilakukan dan dipastikan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#kereta bertembung lori
#Sandakan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan