awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut motosikal bertembung di Lipis

Bernama
Bernama
25/07/2020
16:20 MYT
Dua maut motosikal bertembung di Lipis
Dua penunggang motosikal maut, selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung antara satu sama lain. - BERNAMA
Dua penunggang motosikal maut, selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung antara satu sama lain, di Kilometer 22 Jalan Sungai Koyan-Ringlet, Lipis, kira-kira 150 kilometer dari sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, kejadian pada 5.45 petang itu melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kelas II Muhammad Shakirin Salimi, 20, dan remaja Orang Asli Saiful Rasif, 21 tahun.
Muhammad Shakirin menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, manakala Saiful yang berasal dari Pos Betau, Lipis, menunggang motosikal Yamaha 125ZR.
"Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung di tengah-tengah jalan, menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Azli berkata, Muhammad Shakirin difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuarters JKR Lipis, kerana bercuti daripada berkursus di Pangkalan TLDM Lumut, Perak selepas menyertai badan beruniform itu sejak setahun lalu.
Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Hospital
#jenazah
#kemalangan
#Malaysia
#mangsa
#maut
#Media
#Orang Asli
#penunggang motosikal maut
#polis
#remaja
#siasatan
#tentera
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan