awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua mayat mangsa dihempap pokok dibawa keluar malam tadi

Bernama
Bernama
05/12/2016
03:26 MYT
Dua mayat mangsa dihempap pokok dibawa keluar malam tadi
Operasi membawa keluar mayat kedua-dua lelaki itu mengambil masa kira-kira tiga jam setengah - Gambar hiasan
Mayat dua lelaki yang maut akibat dihempap pokok ekoran ribut di Bukit Layat, sempadan daerah Setiu-Kuala Terengganu, dibawa keluar ke jalan utama oleh pasukan keselamatan pada 11.30 malam tadi.
Difahamkan, operasi membawa keluar mayat kedua-dua lelaki itu mengambil masa kira-kira tiga jam setengah berikutan jarak sejauh 15 kilometer dari lokasi mereka dihempap pokok ke jalan utama.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Layat, Mustafa Jusoh berkata beliau menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa pada 2.30 petang tadi, apabila mereka gagal menghubungi kedua-dua lelaki berkenaan.
Katanya rakan mangsa kemudian pergi ke lokasi tempat dua lelaki berkenaan dikatakan berkhemah dan apabila sampai di sana, kedua-dua mangsa didapati sudah pun meninggal dunia setelah khemah mereka ditimpa sebatang pokok.
Rakan mangsa kemudian meminta bantuan pasukan keselamatan untuk membawa keluar mayat kedua-dua lelaki tersebut dan 30 anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam operasi berkenaan.
Kedua-dua mayat lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut
#pokok
#terhempap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan